Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TikToker tampil mohon maaf, video ‘prank’ tekup kek hanya lakonan. Namun netizen dah terlajak kecewa dan buat laporan polis


Video tular memaparkan TikToker lelaki melakukan ‘prank‘ ke atas seorang wanita dengan menekup sebiji kek hanya lakonan semata-mata.


Lelaki tersebut Daing Ellando berkata, eksperimen sosial itu bertujuan untuk melihat reaksi masyarakat sekiranya mereka cakna dengan keadaan sekeliling sekali gus dapat membantu wanita berkenaan.


“Sebenarnya kita bukan nak prank mak (pelakon wanita), kita nak prank orang di sekeliling sama ada mereka menyedari perkara itu.

“Tapi mak terkejut kan masa tu? Takde orang yang ambil kisah (prihatin)… itu situasi sebenar. Kalau tak, masa tu mungkin orang dah tangkap, kejar saya.. tumbuk.

“Tapi kenapa video dah viral, kenapa baru ada orang cari saya. Itu yang kami ingin persoalkan.. sebenarnya video tu tak habis (ditunjuk),” katanya dalam satu video penjelasan di aplikasi TikTok.

Bagi pelakon wanita itu pula, dia mengakui agak terkilan kerana orang di sekeliling seolah-olah tidak mengambil peduli meskipun diperlukan sebegitu.


“Saya diberi tugas untuk melakonkan watak sebagai ibu yang membawa anak orang kurang upaya (OKU), demi membantu golongan muda di TikTok terus mencapai kejayaan.

“Langsung tidak ada orang yang peduli. Sekiranya kita dianiaya di depan orang ramai, apa yang terjadi mereka hanya diam dan tengok saja,” ujarnya.

Berikutan itu, dia tampil melakukan permohonan maaf dan menjelaskan bahawa niatnya hanya ingin membantu Daing untuk menghasilkan konten supaya menjadi lebih sukses.


“Mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.. rasa kasihan dengan Daing sebab tujuan saya untuk membantu dia supaya dia lebih sukses.

“Tetapi bertukar menjadi kutukan, kecaman.. ada yang ugut bunuh dan sebagainya. Saya sayang dia dan harap perkara ini tidak berterusan.. kita semua jangan terlalu mengikut emosi.

“Lakonan ini hanya untuk kesedaran bahawa kita rakyat Malaysia bukannya nak tolong pun kalau ada orang tua, OKU yang dibuli.. jarang dapat nak membantu.

“Itu yang saya nampak sendiri. Sampai saya ke kereta dalam keadaan macam tu pun, tidak ada yang bertanya atau peduli,” kata wanita berkenaan.

Sementara itu, Daing turut memohon maaf atas tindakannya jika terdapat pihak yang terkesan dengan video dihasilkan.

Terdahulu, warganet meluahkan rasa berang apabila melihat wanita yang membawa anak OKU bersiar-siar di sebuah taman ‘terpaksa’ berdepan situasi biadab dilakukan oleh pelaku.

Sumber: TikTok Daing Ellando

Post a Comment for "TikToker tampil mohon maaf, video ‘prank’ tekup kek hanya lakonan. Namun netizen dah terlajak kecewa dan buat laporan polis"