"Telur ni jadi turun ke tak? Kate nak umum selasa, ni dah khamis" - Mat Sabu masih kunci mulut 🤐
"Telur ni jadi turun ke tak? Kate nak umum selasa, ni dah khamis" - Mat Sabu kunci mulut 🤐
SHAH ALAM – Harga telur ayam terus menjadi tanda tanya apabila Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu masih ‘mengunci mulut’ meskipun perkara itu telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
Anwar sebelum itu memaklumkan, Mohamad Sabu akan mengumumkan harga telur baharu yang lebih rendah pada Selasa.
Namun beliau dalam kenyataan hanya menyatakan mengenai langkah mengimport telur daripada beberapa negara sudah dikenal pasti dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah.
Katanya, itu antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.
Bagaimanapun, Mohamad langsung tidak menyebut mengenai harga telur ayam yang dijanjikan lebih rendah itu. Di Semenanjung, harga siling bagi telur Gred A ialah 45 sen; 43 sen bagi telur Gred B; dan 41 sen bagi telur Gred C. Di Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan pula, harga siling berbeza mengikut zon dan daerah.
Isu telur ayam mula hangat susulan dakwaan bahawa barangan asas itu semakin berkurangan di pasaran sehingga menyebabkan berlaku peningkatan harga. Dalam pada itu, Anwar turut ‘menegur’ Mohamad ekoran masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran.
“Ini telur tak dak,” katanya kepada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam loghat utara ketika bersalam dengan Presiden Amanah itu sebelum mesyuarat khas kabinet hari ini.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/
Post a Comment for ""Telur ni jadi turun ke tak? Kate nak umum selasa, ni dah khamis" - Mat Sabu masih kunci mulut 🤐"