Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cinta sehidup semati, pasangan warga emas maut dalam kemalangan selepas tengok cucu 😭

Cinta sehidup semati, pasangan warga emas maut dalam kemalangan selepas tengok cucu 😭

Pasangan suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir di Kilometer 54, Jalan Kluang-Mersing, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Rosnan Aris, 64, seorang peniaga kedai makanan dari Felda Nitar 2 di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah manakala isterinya, Aminah Kodir, 70, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Waja yang dipandu Rosnan dari Kluang menuju ke Mersing hilang kawalan lalu merempuh treler  jenis Volvo dari arah bertentangan. 
"Bagaimanapun, pemandu lori treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini. 
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment for "Cinta sehidup semati, pasangan warga emas maut dalam kemalangan selepas tengok cucu 😭"