Tak Mampu Berkelit Lagi, Pemilik Katering Bongkar Shuib Dah Buat Tempahan Majlis Kahwin Dengan Wanie Hasrita, Akhirnya Shuib Terpaksa Mengaku Ini..
Tak Mampu Berkelit Lagi, Pemilik Katering Bongkar Shuib Dah Buat Tempahan Majlis Kahwin Dengan Wanie Hasrita, Akhirnya Shuib Terpaksa Mengaku Ini..
Shuib terkejut apabila rakan penyampainya, Ajak memberitahu ada mendengar khabar angin dia bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita dikenali Watie Hanifiah, hujung tahun ini.
Shuib berkata, baru-baru ini Ajak ada terserempak dengan seorang pemilik katering yang mendakwa dia sudah menempah makanan untuk hari bahagianya.
“Lima hari lalu Ajak ada bertanya adakah saya akan berkahwin hujung tahun ini. Ketika diajukan soalan itu, saya terpinga-pinga kerana tak faham apa yang cuba disampaikan.
“Dia beritahu ada terserempak dengan seorang pemilik katering yang mendakwa Shuib sudah menempah makanan untuk buat majlis perkahwinan sehingga pemilik itu turut beritahu jumlah tetamu yang bakal hadir.
“Saya beritahu Ajak jika dia bakal berkahwin sudah tentu Ajak adalah individu terawal yang akan dimaklumkan. Malah ketika saya mula mengenali Watie, Ajak antara orang pertama yang saya kongsikan.
“Jadi, kalau kata saya ada berjumpa pemilik katering atau tukang buat baju, semua itu adalah dusta. Ada pihak yang buat fitnah dengan ‘menjual’ cerita yang tidak betul,” katanya ketika ditemui pada majlis Inilah Suria Bersama Penyampai Suria Fm di sebuah hotel, di sini.
Menurut Shuib, dia turut menafikan khabar angin mendakwa dirinya bakal berkahwin pada Mac tahun depan, sebaliknya memaklumkan tiada perancangan dibuat.
“Belum ada sebarang perancangan dan rasanya macam jauh lagi perjalanan ke arah itu sebab saya nak pastikan anak-anak terima kehadirannya dahulu.
“Perkenalan dua hingga tiga bulan belum cukup masak untuk menilai dia. Alhamdulillah hubungan kami berjalan lancar dan anak-anak serta mak saya pun suka dengan kehadirannya,” katanya.
Sumber : Hmetro.
Post a Comment for "Tak Mampu Berkelit Lagi, Pemilik Katering Bongkar Shuib Dah Buat Tempahan Majlis Kahwin Dengan Wanie Hasrita, Akhirnya Shuib Terpaksa Mengaku Ini.."