Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Setahun Pemergian Ibu, Masih Saja Ada Yang Ejek Anak Shuib 'Ibu Dah Meninggal', Sekali Ini Respon Pihak Shuib

Setahun Pemergian Ibu, Masih Saja Ada Yang Ejek Anak Shuib 'Ibu Dah Meninggal', Sekali Ini Respon Pihak Shuib

"Padan muka ibu dah meninggal," itulah ejekan rakan sekolah sehingga membuatkan anak perempuan pelawak Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra atau Dekta menangis.

Pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sudah tentunya memberi kesan mendalam buat ahli keluarga terutama buat anak-anaknya. Sudah lapan bulan berlalu, Shuib dan anak-anak dilihat sudah mula meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.

Namun, perkongsian ibu tiri arwah Sarah iaitu Siti Fatimah semalam telah menjadi perhatian apabila memuat naik video anak kedua Shuib yang menangis kerana diejek rakan sekolahnya itu.

Menerusi kapsyen, Fatimah atau lebih mesra disapa Makder berkata Dekta mengadu rakan sekelasnya mengejek kerana dia sudah tidak mempunyai ibu lagi.

"Balik dari sekolah hari ni anak2 ke office. Masa tengah nak ambil makanan, Talita mengadu ada rakan sekelas suka ejek kat dia.. Allah," tulisnya.

Turut kedengaran, Dekta berkata dia sudah pun memberitahu kepada guru kelas dan rakannya itu telah dimarahi oleh guru berkenaan.

Diruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan aduan Dekta itu yang sudah tentu sangat sedih apabila ada yang mengatakan mengenai ibunya yang sudah tiada. 

Post a Comment for "Setahun Pemergian Ibu, Masih Saja Ada Yang Ejek Anak Shuib 'Ibu Dah Meninggal', Sekali Ini Respon Pihak Shuib"