Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dato' Siti Nurhaliza Bawa Khabar Duka, Dr. Ahmad Yasser Hamdi Meninggal Dunia

Dato' Siti Nurhaliza Bawa Khabar Duka, Dr. Ahmad Yasser Hamdi Telah Meninggal Dunia

Allah lebih sayangkanmu sahabatku Ahmad Yasser Hamdi. Tak sempat kita jumpa Sabtu ni, 5 Nov 2022 😭

ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ

Allah lebih sayangkanmu sahabatku Ahmad Yasser Hamdi. Tak sempat kita jumpa Sabtu ni, 5 Nov 2022 😭

Rasa sedih, terkejut dengan berita yang diterima semalam. Apabila dapat tau tahap Yasser kritikal, ditidurkan di ICU Sungai Buloh akibat jangkitan kuman, saya terus kongsikan berita di group SitiZone, agar lebih ramai famili SitiZoners dapat doakan yang terbaik untuk Yasser.

Lagi sebak, berdebar rasa apabila membaca mesej yang disampaikan oleh rakan-rakan kerjanya selepas bertemu keluarga Yasser di hospital. Rasa tak lena nak tidur.

Kita hanya mampu berdoa, Allah S.W.T menentukan segalanya. Yasser meninggal dunia jam 1.33 am hari ini, 1 November 2022 di hospital Sungai Buloh. 

Terima kasih Allah pinjamkan kami seorang sahabat yang baik hati dan disenangi ramai.
Kami tak kerap bertemu, hanya selalu berhubung di media sosial dan whatsApp. Apabila baca balik mesej-mesej arwah, bertambah sebak di hati.

Arwah Yasser baik orangnya, antara pelanggan setia saya yang sentiasa support beli album dan pelbagai barangan DSCT. Setiap kali ada album terbaru, event, konsert, Yasser lah antara SitiZoners yang cepat mesej saya berkongsi rasa teruja dan minatnya terhadap penyanyi kesayangan kami.

Arwah juga bijak orangnya dan berjaya menamatkan pengajian sehingga bergelar Dr. Ahmad Yasser. Sebagai pensyarah, pastinya banyak ilmu dan jasa arwah bersama para pelajarnya di UiTM.

Kongsi seorang sahabat baiknya, Rabiatul:

Ya Allah kurniakan rahmatmu pada insan baik ini, Ahmad Yasser Hamdi. Teringat Yasser Jun lepas, sedihnya beliau bila dapat tau salah seorang studentnya cuma makan maggi. Dia bagi duit makan, dia bagi duit tambang grab. Menangis dia cerita. Ya Allah, ampunkan dia Ya Allah. Tempatkan dia bersama para solehin."

Begitulah mulianya hati arwah. Semoga Allah gandakan pahala arwah Yasser, balas segala budi baik dan kebaikan arwah dan tempatkan arwah di Syurga bersama golongan beriman. Aamiin.

Sama-sama kita doa dan sedekahkan Al Fatihah buat arwah Ahmad Yasser Hamdi bin Nor Azlan. Terima kasih Yasser untuk segala kebaikanmu, untuk ukhwah persahabatan yang terjalin selama ini. Moga kita akan bertemu di Syurga nanti. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 

Al-Fatihah ...
‎ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ
‎ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.... .َ . ﺁﻣِّﻴْﻦ

Post a Comment for "Dato' Siti Nurhaliza Bawa Khabar Duka, Dr. Ahmad Yasser Hamdi Meninggal Dunia"