Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Alfatihah. Pengarah Filem Terkenal Azhari Zain Meninggal Dunia. Isteri Cerita Saat Akhir Suami Beliau

Alfatihah. Pengarah Filem Terkenal Azhari Zain Meninggal Dunia. Isteri Cerita Saat Akhir Suami Beliau


Kuala Lumpur – Pengarah filem, Azhari Zain, 50, mengh.embuskan nafas terakhir selepas sembilan bulan mende.rita p.enyakit angin ahmar di kediamannya di Sunway Alam Suria, Shah Alam, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah malam ini.


Berita pemergiannya disahkan oleh isterinya, Wahizatul Nureen Azmi atau lebih mesra disapa Nureen sebentar tadi. Nureen berkata, arwah mengh.embuskan nafas terakhir sebelum jam 12.30 tengah malam.


Sekadar info, Azhari Mohd Zain merupakan seorang pengarah filem dan ahli sinematografi Malaysia. Beliau terkenal kerana mengarahkan filem-filem, yang kebanyakannya terbitan MetrowealthPictures.


Al Fatihah Buat Beliau


Arwah berada di rumah, saya berada di sisinya melihat saat akhir sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.


Saya melihat arwah sudah agak lain, kesihatannya juga agak mer.osot sejak seminggu lalu.


“Nyata, Allah lebih menyayanginya. Doakan semoga permudahkan urusan arwah dan ditempatkan bersama solihin,” katanya dengan sebak, sambil mohon maaf tidak mampu meneruskan perbualan.


Akhir Mei lalu dilaporkan, Azhari atau nama sebenarnya, Azhari Mohd Zain berikhtiar mendapatkan rawatan alternatif seperti aku.puntur dan urutan untuk memulihkan dirinya selepas mengalami angin ahmar pada Februari lalu.


Selepas tiga bulan terlantar di h.ospital, Azhari yang juga pensyarah kanan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA dibenarkan pulang ke rumah di Shah Alam, Selangor, pada 18 April lalu, untuk meneruskan sesi rawatan.


Pergerakannya terbatas, malah bercakap hanya mampu memberi isyarat menerusi gerakan kepala atau hanya menunjukkan reaksi emosi seperti sedih.


Sebelum itu, arwah terkena se.rangan angin ahmar hingga pernah k.ritikal apabila saluran d.arah dalam otaktersumbat, namun, proses pemulihan pengarah filem Jin Notti ini mula menampakkan perkembangan positif pada Julai lalu.

Malah, arwah juga boleh duduk sekejap dan melakukan sedikit pergerakan biasa pada anggota badan, tangan dan kaki selepas lima bulan dis.erang angin ahmar.


Beliau mengalami s.erangan angin ahmar pada kedua-dua bahagian badan, jadi memerlukan masa untuk pulih.


Memulakan kerjaya pada 2004, arwah menjadi penulis dalam banyak projek filem antaranya Tangkai Jering, Potret M.istik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung dan Duyung.


Selain JinNotti, arwah mengarahkan filem S.antau, Zoo, H.antu Dalam Botol Kicap dan Mantra. Arwah meninggalkan isteri, Wahizatul Nureen dan tiga cahaya mata.


J.enazah akan dimandi dan dik.apan di Masjid Ar-Raudhah, Seksyen U10, Shah Alam sebelum dike.bumikan di Tanah Perk.uburan Islam Meru, Klang, pagi esok.


Kredit : BH/FB

Post a Comment for "Alfatihah. Pengarah Filem Terkenal Azhari Zain Meninggal Dunia. Isteri Cerita Saat Akhir Suami Beliau"